Monday, 1 June 2015

Jangan jadikan puasa sebagai penghalang

Assalamualaikum ...
Apa khabar warga pembaca blog sekalian ?? Rindu miss galoh tak ? HahHahaa
Alhamdulillah, tak lama lagi kita bakal menyambut bulan ramadan, yeahh tak sabar rasanya nak berpuasa penuh nih ( yeke puasa penuh ?? )
Ya, tidak dinafikan kebanyakkan umat islam menantikan kehadiran si bulan ramadan ni, hai maklumlah hanya sebulan sekali je ia datang then next year kalau panjang umur,  ia datang lagi .. Insyaallah :)

Nak diceritakan lebih lanjut, miss galoh sebenarnya berdebar sebab time bulan ramadan itu, miss galoh dan sahabat2 yang lain akan menghadapi final exam untuk semester kedua ni, bukan kitorang sahaja, malah senior2 dan universiti2 yang lain. Ada saja universiti yang lain yang habis final exam, sebab kenapa mereka dah habis awal itu, miss galoh takda tanya pula .. Hihihi

Tapi itu suatu yang bagus sebenarnya kerana ia merupakan salah satu cabaran yang hebat bagi pelajar2 macam kami ni, yalah nak tumpukan kat exam lagi, then tahan lapar and nafsu lagi, bagi miss galoh, ia sesuatu yang susah and miss galoh yakin kebanyakkan orang atas dunia ni mungkin pernah mengalami cabaran seperti ini so normal lah jika ia berlaku seperti kan ?? :) tapi ni tak, bila datang saja bulan puasa, kebanyakkan manusia merungut, aishh time bulan macam nilah kau boleh buat kebaikan , bukan senang nak dapat k , orang nak hapuskan dosa, kau lak nak tambah dosa, apa punya manusia lah kau ni :(

Apa2 pun miss galoh harap kawan2 mahupun diri miss sendiri takkan jadikan bulan puasa itu sebagai penghalang untuk score 4 flat dalam exam nanti, insyaallah kami mampu, belum cuba belum tahu kan so banyak2 kanlah berdoa, bertawakal serta berusaha agar kerja kita dipermudahkan nanti ..
Insyaallah .. Sampai kita ketemu lagi, babai :)

Sunday, 24 May 2015

Disebalik CONFESSION

Assalamualaikum ...  Hari ni miss galoh rase nak share something ..
Hmmm terasa sangat pelik kenapa tiba2 benda ni boleh berlaku
Yes, memang betul confession itu adalah satu luahan hati yang perlu kita luah sungguh2 tapi kalau sampai menyakitkan hati orang, sampai buat orang benggang , itu bukan dinamakan confession ..
Hmm if kau tak puas hati, better jumpa face to face, cakap depan2 apa yang kau tak suka pasal dia, ni tak kau pergi burukkan orang tu, orang ni, kau ingat itu bagus sangat .. !!

Why time orang buat meeting, kau boleh buat bodoh je, await tak luahkan semuanya, yes memang kau komen aku positif pasal aku, yeah maybe  aku selalu gurau dengan kau tapi itu bukan tindakan yang bagus sayang oikk..
Kita masing2 sudah besar panjang, permikiran semstinya sudah matang , kita sudah menjangkau umur 20 tahun ke atas, bukan belasan tahun lagi, kenapa kau tak dapat fikir macam tuh !
Kenapa wei ??! Kenapa !!

Sedih bila dapat tahu kau orangnya , diam2 ubi berisi , diam2 kau bagi orang benci kau, kau seharusnya faham apa itu CONFESSION ,  jangan salahkan kami if kau dipingirkan and jangan salahkan kami if kau rasa kami menjauhi kau ..

Kawan2 berhati-hatilah semasa berbicara, adakala orang lain faham dengan berita yang disampaikan oleh kita tapi kadang2 ada sesetengah orang akan salah faham apa yang cuba disampaikan oleh kita, satu saja nak pesan, niat mesti ikhlas, jauhi fitnah insyaallah semua pasti akan berjalan lancar ..
Miss galoh minta diri .. Sampai ketemu lagi  :)

Monday, 18 May 2015

Hidup penuh dengan onak duri :(

Salam semuanya :)  hihi, saje2 je nak muncul lagi, boring sesangat.. Actually
Tak tahulah nak buat entry pasal apa, apa kata kita  borak2 kosong je ??
Ikutla pasal apa pun ...

Hmmm tak tahulah kenapa miss galoh rasa miss galoh ni kejam sangat
KEJAM ! ?  Kejam kepada siapa ?? Itulah yang miss galoh fikirkan, kalau rasa kejam, kejam terhadap siapa ?? Sebenarnya banyak sangat tapi takkan nak cerita satu persatu kan ..
Biarlah benda itu jadi rahsia dalam hidup ini , kesengsaraan itu biar diri ini sendiri yang tanggung ..

Sekarang sem dua sudah hampir berakhir,  hanya ada beberapa minggu lagi .. Stress pun sudah  singgah ni, hati pula sentiasa sunyi ..
Final hampir menjelma , ketakutan dan debaran mula dirasai, presentation satu persatu muka pergi, beban yang dipikul mula ringan and semakin ringan, notes2 pula semakin lama  semakin diberi perhatian tapi yang paling susah hati sekali adalah bila susah sekali nak larikan diri  daripada wifi .. Humpp ( nada mengeluh )

Semoga sentiasa diberi kemudahan, tidak mahu ingat tuhan ketika susah je, bila dah senang lenang, sikit pun tak ingat si pencipta di atas itu..
Insyaallah, kami semua mampu hadapinya, tak sabar untuk menanti gelaran ' SENIOR'  tahun hadapan :)
Semoga mampu
Matangkan diri okay, jangan terlalu tunjuk sikap meroyan anda itu, bila sekali hati terasa, sumpah penawarnya susah nak dicari, papepun pandai2 lah usaha sendiri, saya sudah maafkan anda .. Jangan risau orait  :)
Miss galoh minta diri duluan .. Babai

Monday, 11 May 2015

Jom buat solat qada

Assalamualaikum semua , miss galoh kembali lagi nak buat entry terbaru tapi kali ini pasal isu solat pula, terlebih dahulu miss galoh nak tanya korang lah, rasanya sebelum ini pernah tak korang skip solat korang ? And pernah tak korang terlintas nak ganti solat korang yang tertinggal tuh ? Mesti ada terniat kan, takkanlah korang nak lepas macam tuh, korang sendiri pun tahu kan tinggal solat ini merupakan dosa yang paling besar, miss galoh pun takut :( and that why lah kat sini miss galoh nak bagitahu macam mana nak ganti solat itu balik

Kalau korang betul2 nak ganti solat korang yang hampir setiap hari tertinggal tu ( bagi orang selalu tinggal solat la ) , korang just buat solat qada je.. Solat qada ? Apa tuh ? Tak tahu ? Okay2 , mari miss galoh cerita lebih lanjut

Qada' ialah melakukan sesuatu ibadah di luar waktunya dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Secara mudahnya tunai “waktu Allah”, qada' “waktu kita”.

Dari ‘Aisyah r.a katanya: ”Apabila Rasulullah s.a.w. lupa solat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya pada siang hari dua belas rakaat.” (Hadith riwayat Muslim)

Cara niat Qada' bagi solat fardu lima waktu pula ialah:

1. Solat Maghrib:
“Sahaja aku solat fardu maghrib tiga
rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

2. Solat Isyak:
“Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

3. Solat Subuh:
“Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta'ala”

4. Solat Zuhur:
“Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta'ala”

5. Solat Asar:
“Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta'ala"

Ada orang bertanya : Jika kita tertinggal solat (sengaja dan tidak sengaja) sejak akhil baligh sehingga sekarang (20-an; banyak waktu), perlukah di qada' semua jumlah solat yang tertinggal itu atau cukup dengan melakukan solat taubat?

Jawabnya, Wajib qada' solat yang telah tertinggal. Disini ada dua cara untuk qada', pertama jika seseorang yang tahu sebanyak mana dia telah tinggalkan solat fardhunya, maka qada'kanlah mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya.

Cara kedua adalah bagi yang tidak tahu secara detail berapa banyak yang telah ditinggalkannya, yakni semenjak akil baligh, buatlah anggaran berapa banyak solat yang perlu diqada' dan berhentilah jika sudah yakin solat itu sudah diqada' kesemuanya. Cara yang terbaik adalah selepas selesai solat fardhu lakukan solat qada', buatlah berterusan begitu moga-moga diterima Allah.

Selain itu ada juga orang bertanya, jika ditakdirkan meninggal sebelum sempat mengqada' semua solat itu (tetapi sudah buat solat taubat) bagaimana?

Soal jika meninggal sebelum sempat mengqada' kesemua solat itu, semuanya bergantung pada Allah s.w.t, akan tetapi jika kita telah benar2 insaf dan niat untuk qada kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah s.w.t, in sya Allah akan diampuni dosa-dosanya. Untuk pengetahuan semua, qada' solat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan daripada Allah s.w.t so sampai kita ketemu lagi yer .. Babai

Wednesday, 6 May 2015

SIEP UMK buat aku stress !!

Assalamualaikum sume ?? Mashaallah terase lama benar tak bukak blog nih.. Dah berabuk habis miss galoh tengok nih !! Aishh bukannya saja2 taknak bukak, p masa tidak mengizinkan and busy pula sentiasa menguasai diri .. Tapi alhamdulillah , sekarang assignment sedikit sebanyak sudah hampir siap just sekarang untuk presentation je

Tapi sekarang ni miss galoh tengah usaha untuk settlekan satu assignment yang miss rasa susah sangat nak buat.. Sebabnya ia pasal bisness, aishh bukan subjek fovourite miss kot, confuse tak tahu buat cmner.. SIEP  ( student in enterprise program ) namanya , okay mari miss citer pasal ni sikit ..

SIEP ni ia terbahagi kepada 3 iaitu SIEP1 yang kite buat time tahun 1 , SIEP 2 buat time tahun 2 and SIEP 3 yang kita buat time tahun 3 tapi SIEP ni hanya ada kat UMK je , hai maklumlah even kitorang ni student science tapi nak or taknak, subjek keusahawanan ni wajib so sebab tulah kena terlibat sekali buat SIEP. UMK kan universiti keusahawan. Actuaally kerjanya senang je sebenarnya, just cari company swasta and selongkar everything pasal company 2 , yang problem bagi miss sekarang adalah nak cari company tuh .. Tergaru2 kepala lak ..

Btw hope dipermudahkan urusannya, hope dapat jumpa company tuh .. Insyaallah
Okayla miss galoh stop kat sini duluN yer.. Sampai ketemu lagi.. Babai darling2 miss sume 😘😘

Saturday, 11 April 2015

Hah, Microsoft office tak aktif lagi ??? Camner ni ? Jom try LIBRE OFFICE

Assalamualaikum, rasa macam dh lama je tak buat entry, hai maklumlah kadang2 miss galoh kena fikirkan topik apa yang ingin disampaikan.. Setakat nak post something yang tak memberi manfaat, baik tak payah..

Okay nak dipendekkan cerita dua tiga hari lepas miss galoh telah beli laptop baru, yalah laptop lama  asyik buat hal je, virus pun banyak.. Stress kadang2 time buat kerja.. So TERPAKSA beli laptop baru pakai duit sendiri pulak tuh,, memang melayang jauh lah duit2 tuh..

Seperti semua tahu, kebanyakkan orang beli laptop sebab nak guna Microsoft office je kan, begitu jugak dengan miss galoh tapi disebabkan miss galoh ni pergi beli kat COURT so perkhidmatan nak aktifkan Microsoft office takda..Tergaru garu kepala stress duk fikir macam mana nak aktifkan Microsoft office tuh tapi last2 sekali miss galoh try search google cari camner nak aktifkan benda tuh.. Alhamdulillah ada satu solution so miss galoh tryla buat.. Nak cmner miss galoh buat..

1- search kat google taip "camner nak aktifkan Microsoft office "
2- kalau korang nak mudah lagi, korang just search ''download LIBRE OFFICE / OPEN OFFICE "
3- then korang download je benda tuh macam biase
4- lepas dah download, install everything And finally ia akan keluar macam ni


Mesti masing tertanya2 kan apa benda LIBRE OFFICE / OPEN OFFICE nih, actually benda ni sama function je ngn Microsoft office , means ada power point, Microsoft word and macam2 dan kebanyakkan pengguna window 8 / window vista semuanya pakai benda nih if taknak aktifkan Microsoft office lah.. Miss galoh dah cuba and i love it so guys itu je yg mampu miss galoh bantu.. So selamat mencuba !!! ^_^
Samapai kite ke ketemu lagi .. Babai !!!


Wednesday, 25 March 2015

NETBALL sudah sebati dalam jiwa

Assalamualaikum ... ??
Busy benor miss galoh loni deh, asyik ado kijo jah.. Yalah, mana tak busynya, lepas satu2 ada kerja.
Sekarang ni lak sibuk duk training netball ( wakil u kononnya ) actually bagus jugak , yalah sekurang2 nya boleh tingkatkan pretasi even dari sekolah rendah lagi miss galoh main netball ni, tapi still banyak benda lagi yang perlu dipelajari, nanti lama2 bolehlah ajar junior2 akan datang nih, jadi wakil cos pula.. Insyaallah

Btw, semalam time last training, miss galoh ditimpa sesuatu. Miss galoh sebenarnya tak faham, miss galoh ni ada asma tapi still nak main game2 berat macam netball tu, dalam netball tuh, miss galoh bermain di posisi GS iaitu goal shooter ( nak bangga diri sekejap ), tapi time sekolah rendah and menengah, miss galoh bermain di posisi GK iaitu goal keeper tapi disebabkan mengalami demam panas yang teruk dulu, tiba2 miss galoh dapat asma, mudah letih and tak boleh banyak gerak.

Sebab terlalu falling in love sangat2 terhadap sukan netball ni, miss galoh still jugak nak main and sebab tulah miss galoh tukar posisi, daripada GK pergi ke GS.. Daripada tak pandai shoot bola, tiba2 jadi pandai and everything perfect kembali..

Okay, itu kisah dulu so abaikan, berbalik kepada semalam, hai maklumlah last training kan so semua taknak main, nak taknak, miss galoh kena main jugak tapi bermain di posisi GD iaitu adik beradik GK , miss galoh ambil posisi tu sebab ganti member miss galoh yang ada latihan silat, first tuh berdebar jugak tapi miss galoh nak try jugak, after sekian lama main, something wrong happen to me, mata tiba2 macam tak nampak, kat bahagian dada, apatah lagi .. Nafas macam nyawa2 ikan ( tak cukup, tangan ni tak abis2 duk usah dada )

Lastly, i terlanggar dengan someone and tiba2 jatuh, after tuh ingatkan macam okay tapi i rasa macam betul2 tak cukup nafas, badan2 tiba sakit, tangan tiba mengeras, airmata mula mengalir, muka lak rasa panas macam terbakar, kepala pusing, dada terasa sakit ( macam rasa kena serangan jatung je ) tapi alhamdulillah, senior2 byk membantu dari segi pernafasan and banyak lagi. Even miss galoh tak kenal dorang, tapi dorang memang terlalu baik, cara layanan dorang, everything perfect.

So akhir kata daripada miss galoh, kesihatan itu penting, jaga ia betul2 , jangan jadi macam miss galoh, degil.. Sakit2 macam ni pun still nak main lagi.. Apa2 pun wish me and all my team goodluck k.. Hope we r can do the best and fight sehabis mungkin..insyaallah.. Sampaikite ketemu lagi., assalamualaikum ^_^