Monday, 1 June 2015

Jangan jadikan puasa sebagai penghalang

Assalamualaikum ...
Apa khabar warga pembaca blog sekalian ?? Rindu miss galoh tak ? HahHahaa
Alhamdulillah, tak lama lagi kita bakal menyambut bulan ramadan, yeahh tak sabar rasanya nak berpuasa penuh nih ( yeke puasa penuh ?? )
Ya, tidak dinafikan kebanyakkan umat islam menantikan kehadiran si bulan ramadan ni, hai maklumlah hanya sebulan sekali je ia datang then next year kalau panjang umur,  ia datang lagi .. Insyaallah :)

Nak diceritakan lebih lanjut, miss galoh sebenarnya berdebar sebab time bulan ramadan itu, miss galoh dan sahabat2 yang lain akan menghadapi final exam untuk semester kedua ni, bukan kitorang sahaja, malah senior2 dan universiti2 yang lain. Ada saja universiti yang lain yang habis final exam, sebab kenapa mereka dah habis awal itu, miss galoh takda tanya pula .. Hihihi

Tapi itu suatu yang bagus sebenarnya kerana ia merupakan salah satu cabaran yang hebat bagi pelajar2 macam kami ni, yalah nak tumpukan kat exam lagi, then tahan lapar and nafsu lagi, bagi miss galoh, ia sesuatu yang susah and miss galoh yakin kebanyakkan orang atas dunia ni mungkin pernah mengalami cabaran seperti ini so normal lah jika ia berlaku seperti kan ?? :) tapi ni tak, bila datang saja bulan puasa, kebanyakkan manusia merungut, aishh time bulan macam nilah kau boleh buat kebaikan , bukan senang nak dapat k , orang nak hapuskan dosa, kau lak nak tambah dosa, apa punya manusia lah kau ni :(

Apa2 pun miss galoh harap kawan2 mahupun diri miss sendiri takkan jadikan bulan puasa itu sebagai penghalang untuk score 4 flat dalam exam nanti, insyaallah kami mampu, belum cuba belum tahu kan so banyak2 kanlah berdoa, bertawakal serta berusaha agar kerja kita dipermudahkan nanti ..
Insyaallah .. Sampai kita ketemu lagi, babai :)

Sunday, 24 May 2015

Disebalik CONFESSION

Assalamualaikum ...  Hari ni miss galoh rase nak share something ..
Hmmm terasa sangat pelik kenapa tiba2 benda ni boleh berlaku
Yes, memang betul confession itu adalah satu luahan hati yang perlu kita luah sungguh2 tapi kalau sampai menyakitkan hati orang, sampai buat orang benggang , itu bukan dinamakan confession ..
Hmm if kau tak puas hati, better jumpa face to face, cakap depan2 apa yang kau tak suka pasal dia, ni tak kau pergi burukkan orang tu, orang ni, kau ingat itu bagus sangat .. !!

Why time orang buat meeting, kau boleh buat bodoh je, await tak luahkan semuanya, yes memang kau komen aku positif pasal aku, yeah maybe  aku selalu gurau dengan kau tapi itu bukan tindakan yang bagus sayang oikk..
Kita masing2 sudah besar panjang, permikiran semstinya sudah matang , kita sudah menjangkau umur 20 tahun ke atas, bukan belasan tahun lagi, kenapa kau tak dapat fikir macam tuh !
Kenapa wei ??! Kenapa !!

Sedih bila dapat tahu kau orangnya , diam2 ubi berisi , diam2 kau bagi orang benci kau, kau seharusnya faham apa itu CONFESSION ,  jangan salahkan kami if kau dipingirkan and jangan salahkan kami if kau rasa kami menjauhi kau ..

Kawan2 berhati-hatilah semasa berbicara, adakala orang lain faham dengan berita yang disampaikan oleh kita tapi kadang2 ada sesetengah orang akan salah faham apa yang cuba disampaikan oleh kita, satu saja nak pesan, niat mesti ikhlas, jauhi fitnah insyaallah semua pasti akan berjalan lancar ..
Miss galoh minta diri .. Sampai ketemu lagi  :)

Monday, 18 May 2015

Hidup penuh dengan onak duri :(

Salam semuanya :)  hihi, saje2 je nak muncul lagi, boring sesangat.. Actually
Tak tahulah nak buat entry pasal apa, apa kata kita  borak2 kosong je ??
Ikutla pasal apa pun ...

Hmmm tak tahulah kenapa miss galoh rasa miss galoh ni kejam sangat
KEJAM ! ?  Kejam kepada siapa ?? Itulah yang miss galoh fikirkan, kalau rasa kejam, kejam terhadap siapa ?? Sebenarnya banyak sangat tapi takkan nak cerita satu persatu kan ..
Biarlah benda itu jadi rahsia dalam hidup ini , kesengsaraan itu biar diri ini sendiri yang tanggung ..

Sekarang sem dua sudah hampir berakhir,  hanya ada beberapa minggu lagi .. Stress pun sudah  singgah ni, hati pula sentiasa sunyi ..
Final hampir menjelma , ketakutan dan debaran mula dirasai, presentation satu persatu muka pergi, beban yang dipikul mula ringan and semakin ringan, notes2 pula semakin lama  semakin diberi perhatian tapi yang paling susah hati sekali adalah bila susah sekali nak larikan diri  daripada wifi .. Humpp ( nada mengeluh )

Semoga sentiasa diberi kemudahan, tidak mahu ingat tuhan ketika susah je, bila dah senang lenang, sikit pun tak ingat si pencipta di atas itu..
Insyaallah, kami semua mampu hadapinya, tak sabar untuk menanti gelaran ' SENIOR'  tahun hadapan :)
Semoga mampu
Matangkan diri okay, jangan terlalu tunjuk sikap meroyan anda itu, bila sekali hati terasa, sumpah penawarnya susah nak dicari, papepun pandai2 lah usaha sendiri, saya sudah maafkan anda .. Jangan risau orait  :)
Miss galoh minta diri duluan .. Babai

Monday, 11 May 2015

Jom buat solat qada

Assalamualaikum semua , miss galoh kembali lagi nak buat entry terbaru tapi kali ini pasal isu solat pula, terlebih dahulu miss galoh nak tanya korang lah, rasanya sebelum ini pernah tak korang skip solat korang ? And pernah tak korang terlintas nak ganti solat korang yang tertinggal tuh ? Mesti ada terniat kan, takkanlah korang nak lepas macam tuh, korang sendiri pun tahu kan tinggal solat ini merupakan dosa yang paling besar, miss galoh pun takut :( and that why lah kat sini miss galoh nak bagitahu macam mana nak ganti solat itu balik

Kalau korang betul2 nak ganti solat korang yang hampir setiap hari tertinggal tu ( bagi orang selalu tinggal solat la ) , korang just buat solat qada je.. Solat qada ? Apa tuh ? Tak tahu ? Okay2 , mari miss galoh cerita lebih lanjut

Qada' ialah melakukan sesuatu ibadah di luar waktunya dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Secara mudahnya tunai “waktu Allah”, qada' “waktu kita”.

Dari ‘Aisyah r.a katanya: ”Apabila Rasulullah s.a.w. lupa solat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya pada siang hari dua belas rakaat.” (Hadith riwayat Muslim)

Cara niat Qada' bagi solat fardu lima waktu pula ialah:

1. Solat Maghrib:
“Sahaja aku solat fardu maghrib tiga
rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

2. Solat Isyak:
“Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

3. Solat Subuh:
“Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta'ala”

4. Solat Zuhur:
“Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta'ala”

5. Solat Asar:
“Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta'ala"

Ada orang bertanya : Jika kita tertinggal solat (sengaja dan tidak sengaja) sejak akhil baligh sehingga sekarang (20-an; banyak waktu), perlukah di qada' semua jumlah solat yang tertinggal itu atau cukup dengan melakukan solat taubat?

Jawabnya, Wajib qada' solat yang telah tertinggal. Disini ada dua cara untuk qada', pertama jika seseorang yang tahu sebanyak mana dia telah tinggalkan solat fardhunya, maka qada'kanlah mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya.

Cara kedua adalah bagi yang tidak tahu secara detail berapa banyak yang telah ditinggalkannya, yakni semenjak akil baligh, buatlah anggaran berapa banyak solat yang perlu diqada' dan berhentilah jika sudah yakin solat itu sudah diqada' kesemuanya. Cara yang terbaik adalah selepas selesai solat fardhu lakukan solat qada', buatlah berterusan begitu moga-moga diterima Allah.

Selain itu ada juga orang bertanya, jika ditakdirkan meninggal sebelum sempat mengqada' semua solat itu (tetapi sudah buat solat taubat) bagaimana?

Soal jika meninggal sebelum sempat mengqada' kesemua solat itu, semuanya bergantung pada Allah s.w.t, akan tetapi jika kita telah benar2 insaf dan niat untuk qada kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah s.w.t, in sya Allah akan diampuni dosa-dosanya. Untuk pengetahuan semua, qada' solat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan daripada Allah s.w.t so sampai kita ketemu lagi yer .. Babai

Wednesday, 6 May 2015

SIEP UMK buat aku stress !!

Assalamualaikum sume ?? Mashaallah terase lama benar tak bukak blog nih.. Dah berabuk habis miss galoh tengok nih !! Aishh bukannya saja2 taknak bukak, p masa tidak mengizinkan and busy pula sentiasa menguasai diri .. Tapi alhamdulillah , sekarang assignment sedikit sebanyak sudah hampir siap just sekarang untuk presentation je

Tapi sekarang ni miss galoh tengah usaha untuk settlekan satu assignment yang miss rasa susah sangat nak buat.. Sebabnya ia pasal bisness, aishh bukan subjek fovourite miss kot, confuse tak tahu buat cmner.. SIEP  ( student in enterprise program ) namanya , okay mari miss citer pasal ni sikit ..

SIEP ni ia terbahagi kepada 3 iaitu SIEP1 yang kite buat time tahun 1 , SIEP 2 buat time tahun 2 and SIEP 3 yang kita buat time tahun 3 tapi SIEP ni hanya ada kat UMK je , hai maklumlah even kitorang ni student science tapi nak or taknak, subjek keusahawanan ni wajib so sebab tulah kena terlibat sekali buat SIEP. UMK kan universiti keusahawan. Actuaally kerjanya senang je sebenarnya, just cari company swasta and selongkar everything pasal company 2 , yang problem bagi miss sekarang adalah nak cari company tuh .. Tergaru2 kepala lak ..

Btw hope dipermudahkan urusannya, hope dapat jumpa company tuh .. Insyaallah
Okayla miss galoh stop kat sini duluN yer.. Sampai ketemu lagi.. Babai darling2 miss sume 😘😘

Saturday, 11 April 2015

Hah, Microsoft office tak aktif lagi ??? Camner ni ? Jom try LIBRE OFFICE

Assalamualaikum, rasa macam dh lama je tak buat entry, hai maklumlah kadang2 miss galoh kena fikirkan topik apa yang ingin disampaikan.. Setakat nak post something yang tak memberi manfaat, baik tak payah..

Okay nak dipendekkan cerita dua tiga hari lepas miss galoh telah beli laptop baru, yalah laptop lama  asyik buat hal je, virus pun banyak.. Stress kadang2 time buat kerja.. So TERPAKSA beli laptop baru pakai duit sendiri pulak tuh,, memang melayang jauh lah duit2 tuh..

Seperti semua tahu, kebanyakkan orang beli laptop sebab nak guna Microsoft office je kan, begitu jugak dengan miss galoh tapi disebabkan miss galoh ni pergi beli kat COURT so perkhidmatan nak aktifkan Microsoft office takda..Tergaru garu kepala stress duk fikir macam mana nak aktifkan Microsoft office tuh tapi last2 sekali miss galoh try search google cari camner nak aktifkan benda tuh.. Alhamdulillah ada satu solution so miss galoh tryla buat.. Nak cmner miss galoh buat..

1- search kat google taip "camner nak aktifkan Microsoft office "
2- kalau korang nak mudah lagi, korang just search ''download LIBRE OFFICE / OPEN OFFICE "
3- then korang download je benda tuh macam biase
4- lepas dah download, install everything And finally ia akan keluar macam ni


Mesti masing tertanya2 kan apa benda LIBRE OFFICE / OPEN OFFICE nih, actually benda ni sama function je ngn Microsoft office , means ada power point, Microsoft word and macam2 dan kebanyakkan pengguna window 8 / window vista semuanya pakai benda nih if taknak aktifkan Microsoft office lah.. Miss galoh dah cuba and i love it so guys itu je yg mampu miss galoh bantu.. So selamat mencuba !!! ^_^
Samapai kite ke ketemu lagi .. Babai !!!


Wednesday, 25 March 2015

NETBALL sudah sebati dalam jiwa

Assalamualaikum ... ??
Busy benor miss galoh loni deh, asyik ado kijo jah.. Yalah, mana tak busynya, lepas satu2 ada kerja.
Sekarang ni lak sibuk duk training netball ( wakil u kononnya ) actually bagus jugak , yalah sekurang2 nya boleh tingkatkan pretasi even dari sekolah rendah lagi miss galoh main netball ni, tapi still banyak benda lagi yang perlu dipelajari, nanti lama2 bolehlah ajar junior2 akan datang nih, jadi wakil cos pula.. Insyaallah

Btw, semalam time last training, miss galoh ditimpa sesuatu. Miss galoh sebenarnya tak faham, miss galoh ni ada asma tapi still nak main game2 berat macam netball tu, dalam netball tuh, miss galoh bermain di posisi GS iaitu goal shooter ( nak bangga diri sekejap ), tapi time sekolah rendah and menengah, miss galoh bermain di posisi GK iaitu goal keeper tapi disebabkan mengalami demam panas yang teruk dulu, tiba2 miss galoh dapat asma, mudah letih and tak boleh banyak gerak.

Sebab terlalu falling in love sangat2 terhadap sukan netball ni, miss galoh still jugak nak main and sebab tulah miss galoh tukar posisi, daripada GK pergi ke GS.. Daripada tak pandai shoot bola, tiba2 jadi pandai and everything perfect kembali..

Okay, itu kisah dulu so abaikan, berbalik kepada semalam, hai maklumlah last training kan so semua taknak main, nak taknak, miss galoh kena main jugak tapi bermain di posisi GD iaitu adik beradik GK , miss galoh ambil posisi tu sebab ganti member miss galoh yang ada latihan silat, first tuh berdebar jugak tapi miss galoh nak try jugak, after sekian lama main, something wrong happen to me, mata tiba2 macam tak nampak, kat bahagian dada, apatah lagi .. Nafas macam nyawa2 ikan ( tak cukup, tangan ni tak abis2 duk usah dada )

Lastly, i terlanggar dengan someone and tiba2 jatuh, after tuh ingatkan macam okay tapi i rasa macam betul2 tak cukup nafas, badan2 tiba sakit, tangan tiba mengeras, airmata mula mengalir, muka lak rasa panas macam terbakar, kepala pusing, dada terasa sakit ( macam rasa kena serangan jatung je ) tapi alhamdulillah, senior2 byk membantu dari segi pernafasan and banyak lagi. Even miss galoh tak kenal dorang, tapi dorang memang terlalu baik, cara layanan dorang, everything perfect.

So akhir kata daripada miss galoh, kesihatan itu penting, jaga ia betul2 , jangan jadi macam miss galoh, degil.. Sakit2 macam ni pun still nak main lagi.. Apa2 pun wish me and all my team goodluck k.. Hope we r can do the best and fight sehabis mungkin..insyaallah.. Sampaikite ketemu lagi., assalamualaikum ^_^

Friday, 20 March 2015

Tak cuba maka tak tahu

Hui, hui, hui ........
Lama benor mendiam, hahaa ( yeke, asenya macam dua tiga hari je senyap)
Bukan apa, miss galoh ni kalau blh memang nak aktifkan diri dlm dunia blogger nih sebab tulah kalau blh tiap2 hari nak je post macam2 ( aish kau ni miss galoh, ni bkn wechat, fb or twitter sampaikan tiap2 hari kau nak post macam2 kt blog kau )
Macam miss galoh ni,  bt blog ni tujuannya nak bantu orang ramai, nk share maklumat mcm2 kt dorang, tap ada sesetengah orang lak ada bt blog untuk meluah perasaan but it's okay, depends kt someone tulah.. Maybe itu lebih better untuk dorang so never mind..
Ok2 dah kita tutup crite nih .. Hari ni miss galoh nak cerita pasal penglibatan miss galoh dalam tarian and lakonan , yes miss galoh rase excited sangat2 coz sepanjang miss galoh membesar miss galoh tak pernah pun menari atau melibatkan diri dalam lakonan..

So ini macam satu peningkatan dalam diri miss galoh, yalah dulu pemalu giler sekarang jadi wakil tangkap gambar video time coursemate perfom kat stage pun macam dah terbiasa.. Macam malu tuh pergi dan tak kembali lagi ( hahaaa gelak sakai )
Btw janganlah nak buang semua malu tuh, tak elok.. Lau takda malu tuh, alamaknya jatuhlah maruah kite.. (Aishh miss galoh dah lari topik nih ) come on diana, plis comeback again

Ok, berbalik pada cerita sebelum nih, hari ni miss galoh telah perfom satu tarian yang dipanggil sebagai FLASH MOB, mungkin ada segelintir manusia yang tak tahu pasal tarian ini..
Actually miss galoh pun tak tahu jugak tarian ape benda tuh tapi apabila diselidik, dikaji and dibelajar dengan baik, Alhamdulillah semuanya okay..
Seronok pula untuk first time menari tuh.. Memang rasa have fun ( peluh2 pula tak habis2 menjalankan tugasnya membasahi baju2 miss galoh nih )
Bila sudah lama2 penat mula meragam, body2 pun mula sakit makit tapi ku tetap kuatkan semangat untuk cuba menjadi penari terbaik.. Insyaallah, bak kata pepatah "tak try maka tak tahu kan"

Pasal lakonan lak, macam miss galoh ni lebih terlibat dalam bahagian belakang tabir, handle pa system, teknikal bagai and tangkap2 gambar n video.. Insyaallah kalau ada rezeki, nak cuba lak untuk  berlakon sekali.. So apa2 pun aku harap aku takkan sia2 peluang yang aku genggam sekarang nih.. So NURDIANA NADIHA IBRAHIM , i wish goodluck to you.. Jangan lupa study yer syg.. Fun2 jugak, study jgn lupa, exam just around corner ( ehh lupa lak pepatah bi ni, ntah btul ke tak *_* )



INI antara GENG2 FLASH MOB 
Sen 1 vs sen 2
Natural resources course
Family day

Orait guys, itu je untuk hari ini, lau ada cerita2 or benda2 menarik, insyaallah miss galoh  akan share kat korang so sampai kite bertemu lagi, assalamualaikum, babai ^_^


Tuesday, 17 March 2015

Sains gunaan sumber asli

Salam semua !! Jumpa lagi kita yer..
Hmmm untuk entry hari ni, miss galoh rase nak share something kat korang nih..
Korang tahu tak apa itu SUMBER ASLI ??? - _ -  macam tak je nih.. Hihi ( gelak nakal )
       
      Miss galoh tanya ni sbb sekarang miss galoh abik jurusan itu iaitu sains gunaan sumber asli (SEN) So sape2  yang minta cos sains gunaan dalam upu tuh , insyaallah anda bakal jumpa dengan miss galoh yang tak seberapa nak galoh sangat nih ( over je lebih tuh ) and sy akan jadi senior awak semua ! Yeah seronoknya ( melompat-lompat kegirangan pulak minah nih ), itu pun kalau u alls nk sambung degree kt umk jeli nih !! :)

Okay, miss galoh sebenarnya tak seberapa nak tahu sangat pasal cos yg miss galoh abik sekarang ni tapi senior2 ada cakap yang dalam2 banyak cos yang ada dalam Umk jeli nih, cos yang miss galoh abik ni lah banyak peluang pekerjaan , yeahhh !! :) Alhamdulillah
Kalau difikir secara logik, sumber asli ni of cozlah berkaitan dengan alam2 sekitar,  sumber2 yang ada dalam bumi contohnya petroleum, tanah,  and macam2 lagi lah.Memang best terutama sekali sape2 yang minat biology tuh, banyak betul kena hafal.

Untuk sem 1 bagi cos ni, kitorang diwajibkan mengambil subjek ALGEBRA ( macam math la ) , BIOCHEMISTRY ( kimia + biologi ) and PRINCIPAL CHEMISTRY ( fizik + kimia )
Untuk sem 2 pulak , kitorang diwajibkan mengambil subjek2 ini contohnya MICROBIOLOGY, BIODIVERSITY  and CALCULUS so adik2 kt matrik tuh, lepas abis matrik, better jangan buang buku2 anda coz kita akan guna untuk sem 1 and sem 2.. Pembelajarannya memang sebijik cuma di u ni note2 nya tak selengkap seperti di matrik dulu ( SEKADAR INGATAN UNTUK KEMUDAHAN KORANG !! ) better korang save sebab miss galoh taknak korang jadi macam miss galoh, abis matrik terus je buang sume buku2 tuh, sekarang nak dapatkan nota2 pun susah, kadang2 terpaksa minta dengan senior ( itu kalau ada senior yang baik hati nak bagi )

Okay Tema untuk cos kitorang warna HIJAU ( yalah, pasal natural resources kan,  mestilah hijau ) so kalau nak design baju ke ape, kitorang wajib letak warna hijau tuh sebab dia melambangkan cos kitorang.. Kt umk jeli nih, ada 2 fakulti, satu FSB and satu lagi FIAT..
Macam cos miss galoh ni tergolong dalam FSB and merupakan cos terlama and terlaris dalam kalangan pelajar2 selepas cos GEOSAINS (SEG)

Bagi miss galoh, SEG merupakan satu tentangan untuk SEN ( Kod untuk cos ) yalah, cos kami duk tempat no 2, nak abik tempat SEG tuh memang susah and banyak betul halangan tapi apa2 pun kami tetap fight agar cos SEN ni terus menjadi pilihan pelajar2 selepas ini , insyaallah..
Papepun pandai2 lah buat pilihan yang terbaik, ikut kemampuan anda okay

Miss galoh nak undur diri dulu, lau ada pape boleh je left comment kat bawah tuh ( bagi sape2 berminat nak mengetahui cos ni lebih mendalam lar ) insyaallah miss galoh akan cuba sedayA yang mampu, sampai kita ketemu lagi, assalamualaikum:)



Saturday, 14 March 2015

Life in UMK kampus jeli :)

Hey , i ' m back !! Perghh busy menguasai giler, kerja melambak, tak tahu nak handle yg mane satu.. Bile settle yg tuh, ada lak kerja lain menanti, memang student life betul2 mencabar, kadang2 trase penat pun ada gak , biase lar, pelajar degree, hakikatnya memang macam tuh ^_^

       

4 tahun kot ambil time nak abiskan degree nih, sekarang baru je masuk sem 2, insyaallah kalau ada rezeki lebih, degree ku akan berakhir pada tahun 2018( yeahh !! Seronok lak sebab umur makin meningkat )

             


Btw, aku adalah mahasiswi UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN ( Kampus JELI ) jurusan sains gunaan sumber asli ( SEN ) , macam mana aku boleh masuk uni nih ?? Yalah universiti ni kan baru, tak seberape dikenali, kalau sebut pun, tak semua orang tahu even orang kelantan sendiri pun ( kalau tahu pun sebab search google)

Aku ni lulusan dari matrikulasi kedah ( changlun ) , so time nak sambung degree tuh, aku decide nak pilih kat area pantai timur je, kalau boleh belajar dalam negeri sendiri je, bukan taknak pergi jauh, tapi adalah faktor2nya kenape aku taknak study jauh2..

First time datang UMK Jeli nih memang aku terkejut giler, yalah even aku sendiri orang kelantan, tapi itu first time aku menjejak kaki ke area Jeli, sebab aku tinggal di sekitar bandar2 besar so persiktaran aku ni disekelilingi dengan mall2.

Seminggu di UMK Jeli memang menguji kekuatan aku, nak tahu nape ??? Paling menguji diri ini ( feeling sikit ) of cozlah PANAS TERIK !! Yalah, universiti baru, everything macam tak perfect, bukan nak menghina apa just itu hakikatnya tapi bila lama kelamaan tuh, aku mula menerima satu persatu sebabnya satu je, sebab aku bersyukur UMK kampus JELI sudi terima seorang student
macam aku ni, yalah result matrik dulu macam nyaw2 ikan tapi tak sangka aku still diberi peluang
untuk sambung degree di tempat sendiri, suatu kebanggaan even JELI ni  NOTHING !!

JELIFORNIA or JELI, satu tempat yang tiada pape,pekan2 pun kecil2 je, tak macam kat KB tuh, nak ape2 pun dapat, tapi kalau kat sini memang susah, terlalu susah, kat sini ada banyak tempat pengajian high class selain UMK, misalnya POLITEKNIK , MRSM ... Semuanya berdekatan dengan Umk jeli nih..

Honestly aku cakap, umk jeli not bad pun, bagus sebenarnya duk universiti ni sebab kita boleh belajar berdikari, berjimat cermat n macam2 lah, yg penting semuanya memberi kebaikan, kalau korang nak tahu universiti bila waktu pagi memang sejuk, macam duk di London je ( hihihi over je lebih) tapi ! Bila tibanya waktu tengahari, panasnya membakar kulit, tak sampai seminggu duk situ, muka terus burn, apa yang penting sentiasa la bawak payung yer sebab payung tuh terlalu berguna untuk kitorang pelajar di Umk jeli nih, yalah awal2 tahun panas membara2 , hujung2 tahun lak hujan tanpa henti and that why i said that Umk jeli ni bagus untuk kita yang nak belajar berdikari, kawan2 di sini tempatnya, korang takkan menyesal punya kalau dapat tawaran dari umk nih, seyes cakap.. 









Ni antara bangunan2 yang ada di Umk jeli, antaranya asrama kaum2 hawa, fakulti, pemandangan ketika senja and banyak lagi lah.. Apa2 pun kalau korang betul2 berminat nak sambung degree kt umk jeli nih, korang search je google.. Aku tak boleh nak citer lebih2  sebab masa tak mengizinkan..hihi, ni alamat umk jeli
 so welcome to JELIFORNIA ( umk Jeli), bubye !! ^_^ sampai
ketemu lagi .. Muachh
  1. Universiti Malaysia Kelantan

  1. University · 70 m
  2. Beg Berkunci No 100, Jeli, 17600, Kelantan
  3. 09-947 7000 ext. 2000
  4. Open today · 8:00 am – 5:00 pm


Thursday, 12 March 2015

PHYTOSCIENCE

Hi guys ! Jumpa lagi kita kan, biaselah bila dah tiba hari minggu ni, rutin harianku mesti hadap ipad2 24 jam.. Movie punya pasal lah nih, study pulak tak ke mana, bila ada kuiz, exam bagai mulalah nak kalut2 .. Kata tak sempat study lah, takda time lah, itulah student life.. Tahu nak enjoy je ( perli untik diri sendiri :) )

 Tak salah sebenarnya kalau nak enjoy ni, memang tak salah tapi cuba korang bayangkan kalau korang ni hidup tanpa ilmu pengetahuan , macam jadi orang tak berguna lak, yalah kejar benda lain semata-mata..
Tiba2 jadi teringat lak kat budak coursemate aku sorang ni, first kenal dia ni nampak pendiam je tap lama2 tuh terserlahlah perangai sebenar.. Lau nak dicerita dari awal memang panjang, why not i try pendekkan story nih..

Macam ni, sem lepas dia ada ajak aku n geng2 aku nih masuk satu bisnes, namanya PHYTOSCIENCE, bisnes nih ia jual produk2 kecantikkan dalaman n luaran tapi pada masa yang sama kalau kita tak mahu jual produk tuh, kita just kena cari 2 orang untuk dijadikan sebagai orang bawahan kita and bila dah ada orang bawahan itu, secara automatik kita akan dapat income.Dalam USD pulak tuh, memang banyak..

                                  Ini antara produk2 phytoscience, harganya sekotak rm275

Okay, kalau nak masuk bisnes nih memang ada syarat, just orang yang rajin , tak mudah give up and always confident je yang mampu join bisnes nih, kalau anda tak berani ambil risiko dalam perniagaan, better tak payah joinlah..seyes aku cakap, bazir duit korang je ..
( macam aku ni, join tapi tak buat pape.. Hahaa )
Tahu tak kenapa cakap membazir ?? Sebab modal untuk join bisnes ni rm275 !! Itu untuk silver je, bukan untuk gold n mobile.. Kalau gold n mobile, modalnya beribu2..

Btw, macam aku cakap before this, nak join bisnes nih kena rajin, baru dapat income beribu2, berpuluh2 ribu sebulan !! Korang bayangkan lah..
Bisnes ni memang halal, bisnes ni niatnya nak bantu orang2 yang nak ubah hidup dorang tapi kena betul2 fight la ! Barula succes..

 Minah ni makwe budak coursemate aku tuh,  sebulan join bisnes ni drpda pgguna iphone 5s upgrade --> iphone 6+  then lpas tuh 2 bulan join beli pula imac ( yg jenama apple ) hebat kan, sama umur ngn aku jugak , 20 tahun tapi duit sudah berlambak2, duit pengajian pun tanggung sendiri tanpa guna duit ptptn n mak bapak.. Good job !!

Ni pulak leader aku yang paling succes, baru umur 19, dah pakai sport car bagai, memang hebat.. Itu antara income2 dia setiap bulan.. Memang terbaik !!

Itulah kelebihan PHYTOSCIENCE, actually banyak lagi tapi kalau korang berminat, korang boleh je search kat google pasal bisnes nih, taip je PHYTOSCIENCE, dari situ korang boleh tahu, macam2 ada, explanation kat situ semua lengkap,  siapa pengasasnya.. Tapi tak silap aku last years, phytoscience telah melahirkan seramai 1.3 juta orang jutawan2 muda, semuanya dalam kalangan pelajar.. Wow memang terbaik lah !! 

Satu saja yang aku nak pesan, rezeki itu semua ditangan allah, dia yang menentukan segala2 nya je, tapi jangan pulak kita nak tunggu tuhan bagi, kena ada usaha jugak, Allah bagi rezeki sebegitu banyak, sebab dorang berusaha, kalau takda usaha, takda nya nak hidup mewah, apa2 pun berpijak di bumi yang nyata, jangan asyik mengejar kemewahan, ilmu pengetahuan pun penting dalam hidup so pandai2 maintainkan diri anda yer.. Seimbangkan biar sama rata, insyaallah
So sampai kita ketemu lagi, assalamualaikum :)



Wednesday, 11 March 2015

Ketinggian itu menunjukkan kematangan seseorang

             Assalamualaikum ?? Awak terr, aishh lawanya, tenang mata yang memandang nih.. Haha
Actually takda benda pun nak post ni tapi tangan ni asyik gatal nak menaip je.. Nak tanya korang ni, agak2 nya korang suka tak life korang sekarang ?? Means, kehidupan korang, yalah ada yang kaya raya tapi hidup sebatang kara  ( means hidup sorang2 tanpa ada sesiapa di sisi) and ada yang miskin tapi hidup bahagia.. Alhamdulillah, aku bersyukur dengan apa yang tuhan bagi kat aku sekarang, tak kaya, tak miskin, cukup makan.. Memang alhamdulillah

            Aku jadi tiba2 teringat pasal life aku dulu, korang bayangkan time kecil2 ibu bapa korang busy sangat, memang takda time, kalau nak sembang pun time hari minggu,  mmang sadis tapi itu semua dulu, time tuh aku kecil, tak ambil tahu sangat, even aku kurang kasih sayang ke, dipinggirkan ke, semua tu aku tak ambil kisah, biarkan benda tu berlalu coz now aku dah dapat balik kasih sayang daripada dorang semua, yeahhh

Awak terr, yalah awk, mari datang dekat sikit, nak crite pasal life saya nih, marilah.. Orait, dulu aku benci sangat diri aku ni, nak tahu kenapa ?? TINGGI ! Aku benci sangat dengan ketinggian aku, aku malu sangat coz takda orang percaya pun yang aku ni darjah 6, dorang fikir aku ni form 3.. Itu time sekolah rendah, bile masuk sekolah menengah dorang cakap aku ni form 5 even aku baru form 1.. Aishh, apa nih !! Come on r, normal r tuh, sekarang pun lelaki makin sikit n makin pendek daripada perempuan kan ( hihi ayat perli ) n time matrik pula, biase lah, dapat perhatian semua orang, rase macam femes lak time tuh ( haha, bangga diri sekejap)

                                                                         166 cm

Btw ni pic latest aku, sekarang dah jadi student degree, so normal.. Macam biase aku menjadi perhatian dalam kalangan member2 n senior sampaikan dorang cakap aku ni bukan junior tahun 1 tapi dah senior tahun 4.. Haha gelak sorang2 kot, actually aku bangga sebab daripada ketinggian aku, aku mampu menunjukkan kematangan aku pada usia 20 tahun sekarang, bagi aku sikap mature itu perlu dalam diri, kalau takda kematangan, anda senang2 je dihentam, sumpah ! So sape2 yang suka buat muka2 manja tuh, better tak payah lah, i meluat taw, u tuh dah besar, tak malu ke.. Adik2 kite sume tengok.. Plislah ubah okay.. Sape2 yang rasa dia tuh tinggi sesangat, jangan sedih, berbangga lah dengan apa yang tuhan bagi sebab kelebihan itulah yang akan mendatangkan sesuatu kepada anda   nanti.. Percayalah kerana aku sudah pun merasai nikmat itu dan aku berbangga sangat2.. Benci yang dulu telah ku buang jauh2

Gelaran diberi disebabkan ketinggian:

Time sekolah rendah - pramugari and model
Time sekolah menengah - model
Time matrik - kaki panjang
Now ( universiti ) - skeleton, galohpanjeng

That's all 4 today, lau ada masa, 6t aku share lagi k, sampai ketemu lagi.. Muach huk alohh :)

Tuesday, 10 March 2015

Peluang kedua ( percaya or tak )

Alhamdulillah, semester satu berjaya disempurnakan dengan baik, result pun cukup2 makan untuk selamatkan  aku untuk terus kekal di uni itu, lau fail tak pasal2 kena repeat balik, kau nak ke? Kalau aku, sumpah tak mahu.. Tipulah sepanjang sem satu aku takda memori manis n pahit, .. Actually banyak sangat, sepanjang sem satu , ada seorang minah kelantan nih, namanya ala2 orang putih gitu, hahahaa.. ERIKA SORFINA, cantik giler kot nama tuh, dialah orang yang selalu di sampingku, selalu memahami aku, selalu layan kerenah bad mood, dia sabor je..
            




                                   Itulah gadis bernama ERIKA SORFINA, sangat nerd tapi still okay dengan sikapnya yang pendiam.. Walhal aku kadang2 stress dengan sikap dia yang tidak open sangat, tapi aku bertahan je, aku tengah cuba sedaya upaya aku.. Yalah, even dia tak seperfect aku, tapi aku tetap anggap dia sahabat baik, aku pun bukannya manusia sempurna jugak so tak payah nak hidung tinggi sangat.

Actually selain si Erika ni, aku ada geng aku sendiri ( itu ketika sem satu ,sekarag telah dibubar pun  ) geng aku ni namanya HAVOC, perghh kitorang ni memang havoc, samada dalam group whatsapp or dalam class, memang mulut tak stop sampaikan senior gelar kitorang "junior terhavoc " but itu dah berlalu, disebabkan salah aku , semua berpecah belah, semua membawa diri masing2, aku cuba untuk   Perbaiki semua itu, tapi mereka seseolah tidak memberi sebarang ruang kepadaku, kini havoc berpecah kepada 4 geng.. Sumpah aku miss nak together dengan dorang balik, aku cuma berharap peluang kedua daripda dorang, aku rindu nak jadi mama untuk dorang..

Nilah antara ahli2 havoc
SUKMA, ERNA, IRRA, TIQAH, AINA, ERIKA, MAR, AKU N AIN
Ada sorang lagi, nama dia FIFI..

Sesungguhnya aku mengakui itu semua salah aku just aku berharap agar korang memberi peluang kedua untuk aku tebus segala galanya, hanya tuhan saja yang tahu betapa terseksanya aku bila korang  layan aku begini.. Tiap2 hari jumpa kat kelas, just melempar senyuman, itupun aku tak tahu ikhlas or palsu, and to AINA YASMIN , kau orang banyak aku sakiti, tolong jangan jauhkan diri daripada aku.. Tu je permintaan aku, tak banyak pun..

Luahan hati yang tidak pernah henti...

Setiap manusia mesti ada je masalah, tidak kecuali aku.. Aku pun setiap hari masalah bertimbul2 , kadang2 malas n penat jugak nak hadapi benda sama tapi kenalah belajar bersabar kerana allah tengah menguji kita.. Allah sayang kita sebab itu dia selalu uji kita, kita tak boleh nak marah2 n lepas geram kat dia, tak baik.. Btw, ni first post aku, rasa excited pula sebab ada blog sndiri, bolehlah luah macam2 benda yang aku tak puas hati, tentang perasaan aku ke n apa2 la.. Ok, first luh nak intro diri ini, nama penuh NURDIANA NADIHA BT IBRAHIM, umur sekarang dah nak masuk 20 tahun, insyaallah bulan 4 nanti..hihihi.. Aku seorang pelajar degree jurusan NATURAL RESOURCES, cos apa itu ?! Hahaha, nanti aku cerita selanjutnya pasal NATURAL RESOURCES nih, aku berasal dari KOTA BHARU, merupakan anak kedua daripada lima orang adik beradik n merupakan kakak sulung kepada tiga orang adik ��.. Sekarang ni aku dah masuk semester kedua, opps lupa lak, aku study di UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (umkkj) , buat masa ni, aku tengah sesuaikan diri di umk kampus jeli ni, hai maklumlah UNIVERSITI baru kan.. Klah, aku nak stop sini dulu, kelas menanti.. Peace yoo...